Monday, 22 April 2013

Perkhidmatan Didahulukan


 

Tsunami politik yang berlaku pada PRU 308 telah mengakibatkan Parti Gerakan bertukar menjadi parti pembangkang di negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah dikuasai oleh PR, BN telah kehilangan kuasa dalam kerajaan tempatan.

Wakil Rakyat BN telah kehilangan kuasa dalam Majlis Daerah dan tidak mempunyai Ahli Majlis Daerah untuk membantu, Dr. Cheah Soon Hai memang menghadapi kesusahan dalam urusan untuk menangani masalah-masalah rakyat.

Walau bagaimanapun, rakyat Kedah masih menganggap BN sebagai parti pemerintah dan berasa BN sepatutnya membantu menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Dr. Cheah Soon Hai tidak pernah berputus asa, beliau tetap mendahulukan perkhidmatan. Walaupun terdapat sebahagian masalah yang tidak dapat diselesaikan, beliau tetap cuba membantu.

Untuk menepati janji supaya melepaskan jawatan doktor demi menceburi bidang politik, beliau rela memberhentikan salah sebuah kliniknya, manakala klinik yang satu lagi diuruskan oleh isterinya. Beliau pula berkhidmat untuk masyarakat dengan sepenuh hatinya.

Beliau memang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dengan penuh bertanggungjawab dan berasa bangga berhadapan dengan pengundi. Prestasi beliau dalam masa 5 tahun yang lalu kini terserah kepada para pengundi untuk menilainya.

Beliau berharap BN dapat kembali berkuasa memerintah negeri Kedah dalam PRU akan datang supaya boleh meneruskan segala rancangan pembangunan infrastruktur dalam kawasan, terutamanya projek membina semula Pasar Teluk Wanjah yang bernilai RM 7.5 juta dalam masa satu tahun yang akan datang.

Rancangan-rancangan berterusan yang lain termasuklah menggantikan kesemua tangki-tangki air yang usang di Rumah Pangsa Alor Malai serta kemudahan yang lain. Dalam tempoh memegang jawatan, beliau juga telah membelanjakan wang poket sendiri sebanyak RM20,000 bagi membantu Rumah Pangsa Taman Setia untuk projek menggantikan tangki air.

Sungguhpun dengan pengalamam berkhidmat selama 5 tahun, beliau berasa masih mempunyai ruangan untuk diperbaiki dan bermaju lagi. Beliau berkeyakinan akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik pada penggal depan.

Walaupun beliau penuh berkeyakinan akan dipilih semula oleh rakyat, tetapi tetap berasa tenang untuk menghadapi keputusan pilihan raya. Menang atau kalah merupakan sesuatu perkara biasa dan beliau tidak menetapkan calon mana yang akan menjadi lawannya.

Apa yang melegakan beliau adalah sejak Gerakan menjadi parti pembangkang, ahli-ahli parti bersemagat satu hati untuk menentang parti lawan.

No comments:

Post a Comment