Ucapan Menjunjung Kasih Bajet 2013
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah DarulAman
Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian,
Tuan-tuan dan puan-puan
Sebagai anak dan rakyat Kedah DarulAman, saya dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah(Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah)di atas perkenanya Yang Teramat Mulia menyampaikan Titah ucapan sempena perasmian mesyuarat bajet Negeri Kedah tahun 2013.
Tahniah diucapkan kepada YAB. Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar yang telah membentangkan bajet 2013.
YB. Dato' Speaker,
Isu Pertama : Rumah Mampu Milik
Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri yang prihatin, komited dan berjiwa rakyat mengambil berat mengenai pembangunan rakyatnya khususnya pembangunan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dengan memberi penekanan kepada persekitaran tempat tinggal yang kondusif di mana pada Februari 2009 YAB Menteri Besar Kedah dengan bangganya melancarkan 2 projek rumah kos rendah dan Rumah Mampu Milik iaitu Bandar Sejahtera Pokok Sena dan Bandar Tunku Puteri Pokok Sena tetapi sehingga ke hari ini masih belum dimulakan lagi. Selain daripada itu, Pada Februari 2010 YAB Menteri Besar Kedah dengan bangganya melancarkan satu lagi projek perumahan iaitu Apartment Kos Rendah sebanyak 660 unit di Taman Tunku Intan Safinaz, Bandar Darulaman Jitra yang akan dikendalikan oleh anak syarikat Bina Darulaman Bhd. tetapi selepas lebih kurang 2 tahun projek tersebut pun masih gagal dilaksanakan.
Sehingga Oktober 2011 terdapat seramai 25,759 orang yang telah memohon rumah kos rendah dan berdaftar dengan Kerajaan Negeri Kedah (rujuk jawapan dalam Dewan Undangan Negeri November 2011) tetapi sehingga kini tiada sebuah pun rumah kos rendah yang disiapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Disebabkan janji yang tidak ditunaikan, secara tidak langsung Kerajaan Negeri telah mengakibatkan kekurangan bekalan rumah terutama di Bandar Alor Star dan mempengaruhi kenaikan mendadak harga rumah. Saya bersedih serta bersimpati dengan golongan muda dan golongan berpendapatan rendah yang tidak lagi berkemampuan untuk memiliki rumah terutama di kawasan Bandar.
Saya menyeru Kerajaan Negeri supaya menunaikan janji-janji untuk menyiapkan projek perumahan tersebut agar dapat merealisasikan impian rakyat terutama rakyat miskin tegar di Negeri Kedah Darul Aman untuk memiliki rumah, janganlah menghampakan harapan mereka lagi.
Pohon dinyatakan bilakah Kerajaan Negeri akan mengeluarkan Dasar Perumahan Negeri?
Disini saya menyeru kerajaan negeri mengambil tindakan dalam mengawal harga rumah yang kian melambung tinggi dan semakin meningkat di Negari Kedah ini.
YB. Dato' Speaker,
Isu Kedua : Projek Pembalakan dan Perladangan di Papua New Guinea
Pelaburan Pembalakan dan Perladangan di Papua New Guinea yang dilakukan sepatutnya menjamin pendapatan kepada syarikat dan Kerajaan, tetapi sebaliknya KCB tidak mendapat sebarang hasil daripada operasi projek walaupun perbelanjaan bagi bayaran goodwill dan mobilization berjumlah RM4.21(RM1.21 juta +RM3 juta) telah dibayar kepada vendor. Saya tidak mengerti kenapa mesti membayar goodwill sedangkan KCB juga perlu membayar harga belian sebanyak RM31.21 juta untuk 70% saham dalam MAS.
Saya turut bersimpati kepada YAB Menteri Besar yang mungkin telah menerima gambaran serta maklumat yang tidak tepat hingga menyebabkan beliau telah melakukan pelaburan yang tinggi sehingga mengalami kerugian yang besar.
Sepatutnya YAB Menteri Besar menjalankan siasatan dan kaji selidik yang terperinci terhadap projek ini bukan sewenang-wenangnya mempercayai kepada Pengarah Urusan sahaja. Saya mencadangkan supaya YAB Menteri Besar membawa kes ini kepada MAAC agar dapat menghukum orang yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan Kerajaan Negeri khasnya dan rakyat Kedah amnya mengalami kerugian yang besar itu. Semoga isu ini menjadi satu pengajaran kepada kita semua agar tidak terlalu mempercayai kepada seseorang.
Nak tanya pandangan Kerajaan Negeri,adakah terdapat kes penyelewengan dalam projek ini?
YB. Dato' Speaker
Isu Ketiga :Status Akreditasi KUIN
Saya turut bersimpati terhadap 7 graduan yang belum menerima ijazah walaupun
menghadiri Majlis Konvokesyen KUIN pada 17 September 2012 yang lalu atas
kegagalan KUIN bagi mendapatkan akreditasi untuk Ijazah Sarjana Muda
dalam pengajian Al-Quran dari Agensi Kelayakan Malaysia. Pihak KUIN membuat
permohonan kira-kira 2 minggu sebelum konvokesyen berlangsung sedangkan untuk
memproses permohonan Agenda Kelayakan Malaysia (MQA) mengambil masa
6 -7 bulan. Ini menyebabkan graduan terbabit tidak dapat menyambung pengajian
ke peringkat sarjana di IPT lain selain kesukaran untuk membuat permohonan
kerja dengan sektor awam.
Kolej Universiti Insaniah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri sepatutnya memberi perhatian
yang serius terhadap perkara tersebut. Kejadian ini mencerminkan kelemahan pentadbiran
KUIN yang boleh menjejaskan imej baiknya selama ini. Janganlah menghampakan
aspirasi graduan terutama anak Kedah yang begitu bangga memilki ijazah dari Universiti ini.
Saya juga amat kesal dengan enrolmen pelajar dalam program ditawarkan,difahamkan dalam 12 program,langsung tidak ada pelajar manakala 20 program kurang dari 10 pelajar.
Isu Keempat : Krisis KCS memburukan pentadbiran
Tindakan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kedah berdemonstrasi di hadapan bangunan Wisma Darul Aman Alor Setar untuk mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berundur adalah tidak sesuai.
Parti politik tidak sepatutnya mencampur tangan atau mengganggu pentadbiran kerajaan, tetapi sekarang mereka telah mencampur tangan secara terbuka dalam kes ini. Biarlah KCS menyelesaikan masaalah KCS sendiri.
"Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah dilantiik oleh Sultan Kedah, tindakan untuk mendesak SUK berundur adalah seolah-olah tidak menghormati kuasa dan keputusan Sultan Kedah."
Isu Kelima :Pelancongan
Seperti mana yang kita semua sedia maklum negeri Kedah tidak banyak sumber asli yang boleh menjana pendapatan.
Pi mai Pi mai,
air dan hutan sahaja.
Oleh itu sememangnya pihak kerajaan negeri memberikan lebih tumpuan serius kepada sector pelancongan. Jika diteliti dari segi bilangan kemasukan pelancong dan hasil yang diperoleh dalam sektor ini sejak tahun 2008 ia semakin merosot.
Contohnya Kawasan pelancongan Recrerasi Kampung Tradisional Melayu Gunung Keriang dimana bangunannya sehingga kini sampai terbengkalai. Ini adalah satu-satu kawasan yang cukup indah dengan alam semulajadi yang memang dapat menarik pelancong dan juga boleh menjana pendapatan kepada kerajaannegeri.
Adakah Kerajaan Negeri hanya menunggu bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti yang berlaku di Pulau Langkawi?
Apakah langkah-langkah atau tindakan kerajaan negeri untuk menangani masalah ini?
Isu Keenam : Penyelenggaraan Jalan Negeri
Kerajaan pusat telah memberikan peruntukan RM116 juta kepada kerajaan negeri pada tahun 2012 dan sebanyak RM60 juta telah digunakan. Persoalannya, baki peruntukan RM46 juta berkenaan telah disalurkan ke mana?
Isu Ketujuh : Pusat penyembelihan kinzir
Saya ingin mendapatkan jawapan daripada kerajaan negeri berkaitan janji yang diberikan untuk membina sebuah pusat penyembelihan kinzir di Sg Tok Pawang. Apakah perkembangannya sehingga hari ini?
Isu Kelapan : Jawapan Mulut/Bertulis DUN
Nampaknya dalam buku Jawapan Soalan/Bertulis DUN,sudah menjadi trend terkini,kebanyakan ialah Jawapan tidak diberikan oleh Kerajaan sehingga sekarang/Jawapan akan diberikan kemudian.Ini menunjukan kerajaannegeri lari dari tanggungjawab.
Isu Sembilan: Isu Billboard
Berkaitan dengan isu billboard adakah selama ini menampakkan ke arah exploitasi imej kaum wanita yang memerlukan kerajaan negeri membuat syarat-syarat peraturan kecil.
Selama ini,papan iklan ini bukan satu masaalah besar,tak nampak kecacatan dimana pun.
Adakah peraturan kecil memantuhi undang-undang tempatan sedia ada?
Adakah ia akan berkuat kuasa diseluruh negeri Kedah atau hanya di Bandaraya Alor Setar.
Kenapa perlu dikenakan syarat-syarat pakaian keatas orang bukan Islam?
Mengapakah syarat-syarat tersebut hanya untuk kaum wanita,adakah syarat-syarat ini terpakai untuk lelaki?
Bagaimana dengan athelete-athelete lelaki,adakah perlu pakai seluar panjang.
Cadangan :
Untuk menamatkan ucapan penangguhan saya, bagi pihak ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dalam senyap-senyap, ingin saya mencadangkan supaya elaun semua ADUN dinaikkan memandangkan kos perbelanjaan hari ini yang semakin meningkatkan di samping keperluan kewangan semua ADUN dalam menjalankan tugas-tugas memberikan khidmat kepada masyarakat kawasan yang diwakili mereka dengan kebih berkesan.
Terima kasih kepada Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan yang menyalur RM 11 juta kepada Flat Taman Setia Jaya,Flat Simpang Kuala & Flat Taman Wira,Mergong dalam National Blue Ocean Strategy.Ini akan menaikan semua taraf infrastrukul.
Saya ingin mengambil kesempatan didalam dewan yang mulia ini mengucapkan terima kasih kepada semua kaki-tangan kerajaan baik pun dipersekutuan dan negeri yang telah memberi kerjasama kepada saya untuk saya menjalankan tugas sebagai Adun kaw Derga selama 4.5 tahun ini.
Akhirnya,Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Speaker yang memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih dalam Dewan yang mulia ini.
Sekian, terima kasih.