Thursday, 5 July 2012

Pemuda Gerakan tentang cadangan dasar baru rumah di Kedah

ALOR SETAR 4 Julai - Pemuda Gerakan Negeri Kedah menentang cadangan Dasar Baru Perumahan Negeri Kedah yang menyekat pemilikan rumah di Kuala Muda dan Kulim oleh 'orang luar', khususnya dari negeri lain seperti Pulau Pinang.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, dalam cadangan itu, hanya penduduk bukan tempatan yang bekerja, menetap dan mempunyai kepentingan di daerah itu boleh dipertimbangkan untuk memiliki hartanah kediaman tersebut.

Katanya, Pejabat Tanah dan Daerah akan diberi kuasa menetapkan kelulusan pemberian pegangan hartanah kediaman hanya kepada penduduk negeri Kedah sahaja.

"Pihak kami melihat cadangan tersebut tidak logik dan boleh menyekat pertumbuhan pesat di dua daerah tersebut.

"Sebelum pakatan pembangkang memerintah negeri ini, tidak pernah ada cadangan untuk melarang pemilikan hartanah oleh rakyat negara ini kerana mereka bukan orang dari luar Malaysia," katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment